BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Yaya ialah salah seorang rakan seperjuangan BoBoiBoy yang juga memiliki kuasa super berian Ochobot, iaitu Kuasa Manipulasi Graviti.

Selain daripada siri BoBoiBoy, Yaya juga turut tampil dalam siri sedutan ringkas berbentuk tauladan, iaitu Apa Kata Yaya sebagai watak utama.

Sejarah

BoBoiBoy

Musim 1

Yaya merupakan orang pertama yang berjumpa dengan BoBoiBoy di Pulau Rintis. Dia bersama Gopal dan Ying telah berkenalan dan mula berkawan dengan BoBoiBoy sejak dia pindah ke situ. Selepas Yaya diberikan Jam Kuasa oleh Ochobot, dia mendapat kuasa terbang dan super kuat. Jadi Yaya bersama kawan-kawannya menggunakan kuasa-kuasa ini untuk melindungi Pulau Rintis daripada ancaman Adu Du di samping membantu masyarakat setempat apabila ada kesusahan.

Musim 2

Di Sekolah Rendah Pulau Rintis, pencapaian akademik dan bukan akademik Yaya amat cemerlang. Oleh itu, dia memegang jawatan ketua kelas 5 Jujur dan presiden kesemua persatuan dan kelab sekolah. Dalam Musim 2, Episod 4, Gopal pernah menjelaskan kepada BoBoiBoy dan Fang mengenai Dinding Kejayaan yang tertera jawatan-jawatan Yaya dengan gambar Yaya sebagai pelajar paling dicintai.

BoBoiBoy Galaxy

Yaya kembali ke Pulau Rintis bersama Ying selepas melancong ke tempat lain. Mereka telah dilantik sebagai Lans Koperal dalam pasukan TAPOPS oleh Komander Koko Ci.

Rupa

Yayayah

Penampilan Yaya dalam BoBoiBoy: The Movie.

Yaya sering berpakaian serba merah jambu. Bajunya berlengan merah jambu yang panjang, berjalur putih dan merah jambu yang menegak. Di atas bajunya, dia memakai anak baju yang berwarna kuning dan berlukisan bunga merah tersenyum. Yaya memakai tudung merah jambu yang berbunga kuning, mempunyai tanda berbentuk mulut di bahagian tepi atas kepalanya, dan beralaskan sepasang gogel. Dia juga berseluar merah pulasan.

Dalam musim kedua, gayanya tidak banyak berubah tetapi dia memakai pin tudung berbentuk bunga di tepi tudungnya. Dia memakai tali pinggang berkepit, tudungnya telah diubah suai sedikit. Poligon Yaya semakin banyak dan menjadikan wataknya semakin lembut. Kasutnya juga telah diubah suai sedikit.

Dalam musim ketiga pula, dia tidak lagi memakai pin tudungnya di tepi tetapi sebaliknya di tepi gogelnya dan memakai gogel merah jambu. Tudung Yaya pula berada di luar bajunya seperti selendang pendek dan lengan bajunya semakin singkat. Yaya juga memakai kasut merah jambu dan sedikit kelabu. Poligon Yaya juga semakin bertambah sejak musim kedua.

Mengikut konsep asal, Yaya tidak bertudung penuh, sebaliknya memakai skarf kepala (yang juga bergogel) dan terdedah rambut jambul pepat di hadapan dan ekor kuda di belakang. Bajunya berwarna merah terang dan kuning tetapi kasutnya tetap sama seperti kasutnya pada musim pertama.

Dalam BoBoiBoy Galaxy, Yaya mempunyai lengan panjang berwarna merah jambu pada blaus putih dan bertali pinggang kuning dengan beg kecil yang dihiasi dengan bunga yang tergantung di pinggang kanannya, berseluar merah jambu yang gelap dan berkasut putih dan merah jambu gelap. Gaya tudungnya juga berubah dan gogelnya kini berwarna kuning.

Perwatakan

Yaya adalah seorang gadis yang manis, mesra dan ceria, tetapi mudah kecil hati. Dia juga seorang budak perempuan yang prihatin dan selalu memberi nasihat kepada kawan-kawannya dan orang lain tidak kira dalam apa-apa situasi pun. Dia juga suka menolong orang dan tidak suka apabila kawan-kawannya menolak pertolongannya. Yang paling kurang menyenangkan orang, Yaya suka membuat biskut tetapi biskut-biskut yang dibuatnya tidak sedap dimakan. Walaupun begitu, kawan-kawannya tidak wajar membidas ketidaksedapan biskut Yaya supaya Yaya tidak naik berang, tambahan lagi selepas dia mendapat kuasa yang kuat daripada Ochobot.

Sebagai ketua kelas di sekolah, Yaya menunjukkan sikap tegasnya tanpa rasa takut atau berat sebelah dalam mendenda pelajar yang melanggar peraturan disiplin sekolah, baik pelajar biasa ataupun kawan baiknya sendiri. Dia juga tidak akan mengaku kalah dalam persaingannya terhadap Ying untuk mendapat nombor satu dalam setiap ujian dan peperiksaan.

Kuasa

Disebabkan oleh Ochobot kehilangan sebahagian daripada ingatannya, kuasa Yaya pada mulanya dianggap sebagai terbang dan super kuat, tetapi kemudiannya, dia mendapat tahu bahawa kuasa dia sebenarnya adalah Manipulasi Graviti. Dengan kuasa ini, dia boleh menguasai graviti dan melepaskannya, yang memberikannya super kuat yang sebenarnya. Oleh kerana Yaya memanipulasi graviti juga membolehkan dia untuk terbang.

Dalam BoBoiBoy: The Movie, Yaya telah menerima peningkatan ke tahap kedua bagi Kuasa Gravitinya. Peningkatan kuasa ini membolehkan dia mengangkat objek-objek yang lebih berat dengan mengurangkan keberatan sesuatu benda dengan kuasa gravitinya. Dengan kebolehan ini, secara tidak langsung memberikan kuasa yang lebih kuat kepada Yaya untuk bertarung.

Tahap 1
  • Kelajuan Super Sonik: Yaya menambahkan kuasa graviti untuk terbang dengan lebih laju.
  • Tumbukan Padu: Yaya mengumpulkan kuasa graviti di tangannya lalu melepaskannya dengan satu tumbukan terhadap musuhnya dengan pantas.
    • Tumbukan Super Padu: Tumbukan yang dua kali ganda lebih padu berbanding Tumbukan Padu yang biasa.
    • Tumbukan Padu, Bertubi-tubi: Sama dengan Tumbukan Padu yang biasa, tetapi ini ditumbuk secara bertubi-tubi dengan amat pantas.
    • Tumbukan Padu Maksima: Yaya menumbuk musuhnya dengan pantas sehingga musuhnya itu tercampak ke belakang. Pertama kali digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Tumbukan Super Sonik Yaya menambahkan kuasa graviti untuk menumbuk dengan lebih kuat.
  • Cakaran Padu: Serangan yang digunakan terhadap Raksasa Tidur dengan mencakarnya.
  • Tendangan Super Kuat: Dengan menambahkan kuasa graviti pada kakinya, Yaya mampu menendang dengan kuat.
  • Pemberat Graviti: Yaya membuatkan objek menjadi berat dengan kuasa gravitinya.
  • Kuasa Graviti: Yaya menghasilkan sfera graviti untuk mengurung Amar Deep, Stanley, BoBoiBoy, Gopal dan Fang. Sfera itu boleh dimanipulasikan sama ada diringankan atau diberatkan.
  • Kuasa Angkatan Graviti: Yaya mengangkat bebola gergasi ke atas udara.
  • Tumbukan Bertubi-tubi: Yaya mengumpulkan kuasa graviti di tangannya lalu menumbuk musuhnya secara bertubi-tubi. Pertama kali digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
Tahap 2
  • Hempasan Graviti Maksima: Setelah mendapat tingkatan kuasa daripada Ochobot, Yaya menyelubungi musuhya dengan kuasa gravitinya lalu di angkat ke atas sebelum dihempaskannya dengan kelajuan maksima ke bawah tanah.
Serangan Kombo
Bersama Ying
  • Gerakan Kombo Y & Y: Gerakan kombo yang dilakukan bersama Ying yang dimulakan dengan Kuasa Graviti Pemberat ke atas tanah sambil Ying menggunakan Larian Laju pada pusat kuasa Yaya untuk mengumpulkan tenaga, kemudian Yaya melepaskan Ying dengan Serangan Kombo Laju dan Padu kemudian diakhiri dengan Ying menerjah musuh berulang-ulang kali.
    • Graviti Pemberat: Yaya menghentakkan kedua-dua tangannya ke atas tanah untuk memberatkan musuh.
    • Serangan Kombo Laju dan Padu: Yaya melepaskan kuasa gravitinya yang laju dan padu kepada Ying, yang akan menambahkan kepantasan larian Ying.
  • Serangan Kombo Y & Y: Serangan kombo yang dilakukan bersama Ying yang dimulakan oleh Ying yang memusingkan Yaya dengan Pusingan Laju-laju yang melancarkan Yaya ke arah musuh dengan kelajuan yang sangat laju, diikuti oleh Yaya menumbuk musuh dengan Tumbukan Super Sonik dan Ying menerjah musuh dengan Tendangan Seribu Laju.

  • Apungan Graviti/Kuasa Apungan Graviti: Yaya mengapungkan sesuatu seperti Raksasa Gurunda dan Gopal di udara sama ada untuk menghentikan serangan musuh atau mengelakkan rakannya terhempas.
  • Hempasan Graviti: Yaya menyelubungi musuhya dengan kuasa gravitinya lalu mengangkatnya ke atas sebelum dihempaskan semula dengan kelajuan normal ke bawah.
  • Mampatan Graviti: Yaya menghasilkan bebola graviti yang akan menarik musuhnya seperti magnet lalu terbentuknya sebuah bola bagi memerangkap atau mencegah pergerakan daripada musuhnya.
Kuasa Kenderaan
  • Tolakan Graviti: Yaya mengumpulkan kuasa graviti pada kenderaannya, lalu menyerang musuh dengan laju.


Trivia

  • Jenis darah Yaya ialah A.
  • Yaya suka membuat eksperimen dengan berbagai-bagai resepi biskut, tetapi dia tidak pernah merasa biskutnya sendiri.
  • Dalam Buku Detektif Yaya 1, Suzy mendedahkan bahawa dia adalah peminat setia Yaya.
  • Menurut surat peminat BoBoiBoy, genre kegemaran Yaya adalah aksi.
  • Yaya mempunyai garisan lintang yang membezakannya di antara 'keayuan comel molek' dan 'ketegasan singa garang'. Menurut cerita Gopal, sebelum Yaya melepasi garisan pagar sekolah, dia akan kelihatan lemah-lembut bagai ayu comel molek, tetapi selepas sahaja Yaya melepasi garisan pagar sekolah, sifatnya terus berubah menjadi garang yang langsung tidak memberikan peluang bagai ketegasan singa garang.
  • Dalam versi alih suara bahasa Inggeris di YouTube (bukan Disney Channel), nama Yaya ditukar kepada "Hanna". (Tiada sebab yang jelas diberikan atas hal ini).

Galeri

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang Yaya. Rujuk Yaya/Galeri.

Video

L - S - B
Logo Baru BoBoiBoy
Siri
BoBoiBoy / BoBoiBoy Reborn | BoBoiBoy Galaxy | Papa Pipi
Episod

BoBoiBoy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26

BoBoiBoy Galaxy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24
Musim 2: Isu 1 | Isu 2 | Isu 3 | Isu 4 | Isu 5 | Isu 6 | Isu 7 | Isu 8 | Isu 9
Filem
BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Movie 2 | BoBoiBoy Movie 3
Watak

BoBoiBoy

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Alebi | Wahid | Ernie | Super Probe | ToToiToy | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Pakcik Mat | Makcik Kuih | Pakcik Ikan | Robot Hamba | Multi-Monster | Popo | Pakcik Kumar | Posmen | Nenek Ying | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | Encik Biskut | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Komputer Ejo Jo | Cikgu Timi | Iwan | Amar Deep | Suzy | Amy | Siti | Stanley | Nana | Melissa | Melody | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Polis Gemuk | Polis Kurus | Ketua Polis | Shamsul Rizal Sabri | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Uncle Yim | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | Detektif Konon | BoBoiBoy Api | Pakcik Kantin | Anak Kantin | BoBoiBoy Air | Anak Bago Go | Wakil KPKT | Raksasa Perisai | Kapten Kaizo | Lahap

BoBoiBoy: The Movie

Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Koko Ci | Robot T | Nenek Sayur | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Duri | BoBoiBoy Solar

BoBoiBoy Galaxy

MotoBot | Kapten Separo | Konco Lanun | Alien Mop | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | Bikembar Merah | Bikembar Biru | TrophyBot | Pok Pok Tus | Heely Wheely | DashBot | LoopBot | Makcik Wawa | Aunty Yang | Roktaroka | A.B.A.M. | Pemilik D'Sosej | Gijimo | CetakBot | RompakBot | EmotiBot | Jagara | DataBot | Robot Lanun | Burung Nuri Lanun | Kapten Vargoba | StealthBot | Nut | BoBoiBoy Cahaya | Ramenman | MagnetBot | Tok Cendatok | Gaharum | Brolangkas Brothers | Qually | Jaguh Paruh Lang | Tok Ngau | Rukawr | Jaga Kar | Pengawal Ladang | Profesor Utan | Musang Salji | Tumbosaur | Puak Baja | PasuBot | Alpha Jumbosaur | BoBoiBoy Sori

BoBoiBoy Movie 2

Raksasa Pengun | Anak Pengun | EggaBot | Gogobi | Cakada | Kechik | Ayu Yu | Retak'ka | Hang Kasa | Pipi Zola | Kang Kong | Kuda Botak | Maskmana | Pokok Bak-Bak | King Kang Kong | Raja Bayugan | Kaum Cendawa | Papa Cendawa | Mama Cendawa | Anak Cendawa | Laskar Guruhan | BibikBot | ArmoBot | KristalBot | GammaBot | Satriantar | Kuputeri | Mas Mawais | King Balakung | Panglima Pyrapi | BoBoiBoy FrostFire | BoBoiBoy Glacier | BoBoiBoy Supra | Amato

Papa Pipi

Nekpi | Cikgu Warni | Doktor Dahlia | Vijay | Melur | Chia

Lain-lain

Captain Munch | Raksasa Bengkok | Razak | Raksasa Gula | Terra | Coral | Oake | Kapten MACC | Ezra | Lelabah Kristal | EnerBot | EquBot | Raksasa Gerojoh | GigaBot
Terbitan turunan
Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | Detektif Yaya | Sahabat Cilik SPRM | BoBoiBoy Galaxy Special | Fly With Yaya | Destinasi Terbaik
Tempat
Planet Bumi | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Yong Pin Aerotrain Express | Pulau Rintis | Rumah Tok Aba | Planet Ata Ta Tiga | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Kedai Runcit | Pejabat Pos Pulau Rintis | Rumah Yaya | Rumah Ying | Rumah Gopal | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Taman Pulau Rintis | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Balai Polis Pulau Rintis | Kedai Permainan | Rintis Bank | Kedai Game Ah Beng & Sons | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Hospital Alien Really Amazing Marvellous | Pulau Terapung | Lab Sfera Kuasa | Kilang Sfera Kuasa | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Kubur Kapal Angkasa | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas | Koloni Lanun Angkasa | Planet Kasuta | Planet Brotora | Planet Junkberg | D'Sosej | Kapal Arkib Angkasa | Planet Oroq | Stesen Sunnova | Markas TEMPUR-A | Planet GogoBugi | Sektor 88-19 Bima Lima | Planet Saharu | Sektor Z55-2P Galaksi Solaria | Asteroid Kristal | Planet Quabaq | Planet Gur'latan | Sektor G159A Nusagima | Planet Bayugan | Planet Rimbara | Planet Gugura | Akademi Pulau Rintis | TAPOPS-B | Kampung Muriong | Planet Kadruax
Lagu
BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Lagu Hindustan Gopal | Suasana di Hari Raya | Incik Boss dan Probe | Treler Antarabangsa BoBoiBoy | BuBaDiBaKo | Bangun Pagi, Senang Hati | Lagu Tidur Gopal | Lagu Tidur Fang | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba | Fire & Water | Lagu Rukun Negara | Aneka Baju Raya
Permainan
BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card | BoBoiBoy Galaxy Run
Lihat juga
Animonsta Studios | Majalah Komik BoBoiBoy | Movie Animation Park Studios | BoBoiBoy Galaxy x Lawak Kampus SUPERIOR
Advertisement